CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, Januari 05, 2013

❤ ❤ happy annivesary 5th ❤ ❤

assalammualaikum w.b.t
fuhhh.fuuhh..fuhhh....tiup sikit..cam bersawanglah plak blog ni...macam dah lama je tak hapdate kan...maklumlah mak jemah ni anak dah 3,baru nak membuat ayat rama-rama je..jap lagi  semua sibuk nak ikut g p.c..nak hapdate kat tab macam terkial-kial je kan..
dan tetiba harini peluang untuk hapdate blog tu adalah sangat CERAH+TERANG benderang lagi...momoi ririn ngah tido,yang dua orang lagi tu ..wah..terpegun tengok citer Fear factor...take you time jiha..
ok,baru nak masuk story,diam tak diam alhamdulillah..dah 5tahun kami melayari bahtera perkahwinan...wah..ayat sungguh tak menahan...sastera sungguh..5tahun perkahwinan kami..macam-macam cerita,ada yang suka kadangkala ada juga yang duka,lumrah dalam kehidupan berumahtangga,mestilah kadang-kadang tergigit lidah,bak kata orang tua,kalau takut ombak,jangan berumah ditepi pantai,,hehehe
disebabkan bithday cik papa berdekatan ngan tarikh annivesary jadi hadiah tu dicombinekan jelah terus yer,tapi sayangnya baru hari ke berapa belas,hadiah tu dah kena sapu ngan pencuri yang dah pecah masuk ke rumah kami,cik papa pun rasa terkilan sangat dengan kehilangan  hadiah baru dia tu.tapi kami bersyukur,biarlah barang hilang tapi nyawa kami semua selamat,
itu semua dugaan kerana kami tau Allah sayangkan kami semua dan Allah tahu setakat mana ujian untuk hambaNya,
kami pun ta lah sambut annivesary bagai ni kan,jadi tak delah gambar baga,bagai...gambar posing...hahahaha,jadi ni jelah piccas yang ada..
wah...nilah rupa kami 5tahun lepas...sekarang pun still cenggini lagi,hahaha...kebaya nikah tu pun still muat lagi ,5tahun kami berkahwin,alhamdulillah Allah telah mengurniakan kami 3orang cahaya mata
  • Rashid zurrunnaji(26 Nov 2008)
  • Jayyid Khusairi(17 Sept 2010)
  • Khairina Zahra(18 Oct 2012)
note leg: 
Papa mungkin tak sempurna pada pandangan orang lain tapi terma kasih papa sebab telah sempunakan hidup my sebagai seorang wanita,walaupun pa bukan yang terbaik untuk orang lain tapi pa adalah yang terbaik untuk kami semua,
Ya Allah tuhan yang memelihara sekalian alam,syukur alhamdulillah kerana telah limpahkan rezeki kepada kami sekeluara,Kau jauhkan lah rumahtangga dari fitnah,Kau murahkanlah rezeki kami,Kau tetapkanlah iman kami,Kau panjangkan lah umur kami...Amin..Amin..Amin yaRabballalamin